Monday 30 April 2012

skoliosis

Assalamualaikum . hm . kat sini zazrien nak memberitahu .bukan nak mintak simpati. sekadar untuk pengetahuan .ramai disekeliling zazrien yang tak ambil kisah pasal  orang yang "abnormal" macam ni.so ini sedikit info untuk korang..(pada yang nak tahu je lah.yang tanak tahu.. terserah . tidak paksaan disini) :)
+ Tulang belakang yang normal mempunyai 3 lengkung:
   >leher bahagian belakang
   >belakang atas,serta
   >belakang bawah
+ Lengkung ini boleh dilihat dari padangan sisi,tetapi apabila dilihat dari padangan belakang,ia kelihatan lurus.
+skoliosis adalah kelainan pada rangka tubuh yang berupa kelekungan tulang belakang,dimana berlaku pembengkokkan tulang belakang ke arah kiri dan kanan.
+ Tulang belakang akan berbentuk huruf s atau c.
+ Kira-kira 1/10 hingga 1/20 kanak-kanak perempuan mempunyai skolisis semasa tempoh membesar (umur 9-14) . namun begitu ,kebanyakan sederhana dan tidak memerlukan rawatan.
+ Skoliosis kurang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
+ Hanya 3 dalamm 1000 kanak-kanak yang mempunyai lengkung yang besar dan memerlukan rawatan.

PUNCA-PUNCA
+ Skoliosis bukanlah satu penyakit keturunan.namun demikian,ada kemungkinan untuk skoliosis berlaku didalam sesebuah keluarga.
+ Punca berlakunya skoliosis dapat dikategorikan kepada beberapa punca atau faktor,antaranya :
1.idiopatik - skoliosis yang berlaku disebabkan faktor yang tidak dapat dikenal pasti,70% skoliosis yang dikesan merupakan idiopatik.
2.kongenital - skiolosis yang disebabkan kegagalan pembentukan tulang belakang ketika minggu 3 atau 4 di dalam rahim.
3.neuromuscular - lengkung yang berlaku disebabkan masalah kekejangan otot,atau masalah dengan kawalan saraf kepada otot.

+ Kesan daripada kecederaan tulang belakang atau kecederaan lain yang menyebabkan berlakunya kelengkungan abnormal pada tulang belakang .
+ Kaki  yang tidak sama panjang juga boleh mengakibatkan berlakunya skoliosis.


No comments:

Post a Comment